20250119 宣教关怀/Missionary Care/ Doa Penjagaan Misi
宣教 关怀

Missionary Care

Doa Penjagaan Misi

Allah Bapa Surgawi yang mahakuasa, Engkau berbelas kasihan kepada Thailand, di mana hanya ada 1.2% peratus daripada populasi 70 juta adalah Kristian. Kami bersyukur kepada Bapa Surgawi kerana telah memakai misionari jangka panjang kami, Chieng, untuk menyebarkan Injil Kristus di sekolah tempatan Thailand. Pada Natal bulan lalu, tujuh kanak-kanak diperkenalkan kepada Injil Yesus Kristus melalui permainan kreatif dan kartun di rumah misionari. Kami berdoa agar benih-benih Injil bertumbuh di dalam hati mereka dan mereka semua menjadi murid Yesus pada masa depan. Kanak-kanak Thailand suka menonton filem hantu tetapi sangat takut dengan hantu. Chieng mengongsikan kisah kemenangan Yesus atas Iblis kepada kanak-kanak, dan mengajar mereka untuk ingat bahwa Yesus menyertai mereka. Kami mohon Roh Kudus menggerakkan lebih banyak orang untuk menyertai misi jangka pendek dan jangka panjang ke Thailand. Dalam nama Tuhan Yesus Kristus, Amin.