20250323 宣教关怀/Missionary Care/ Doa Penjagaan Misi
宣教 关怀

Missionary Care

Doa Penjagaan Misi

Allah Bapa Surgawi yang Mahahadir, terima kasih untuk mengutus misionari Hui Hua bagi melayani para pelarian di Asia Tenggara. Ada satu keluarga Pakistan, yang telah lama dia lawat, akan dipindahkan ke Kanada oleh United Nations High Commissioner for Refugees. Kami bersyukur kerana Hui Hua telah mengunjungi mereka setiap bulan dan memberitakan Injil Yesus Kristus kepada mereka. Kami berdoa agar keluarga ini, seperti bangsa Israel yang keluar dari Mesir, akan dibimbing ke “Tanah Perjanjian” Kanada dan mengakui Yesus sebagai Juruselamat dalam hidup mereka. Mulai Februari, Hui Hua mula mengajar sains di pusat pelajaran pelarian yang baru pada hari Khamis dan Jumaat. Semoga Roh Kudus memenuhinya dengan damai sejahtera apabila dia memandu, dan dia dapat mengenali budaya dan situasi para pelajar, membimbing mereka ke dalam kerajaan Allah. Dalam nama Tuhan Yesus Kristus, Amin.