20231022 宣教关怀/Missionary Care/ Doa Penjagaan Misi
宣教 关怀
Missionary Care
Doa Penjagaan Misi
Tuhan Bapa, sudah setahun sejak misionari Erwin pindah ke ladang misi yang baru. Kami bersyukur kerana Kau telah memberkati Erwin dengan kesihatan dan kedamaian. Dia juga mendapati bahawa kepribadian dan kurnia yang dimilikinya sangat sesuai untuk melayani komuniti pelarian. Erwin adalah guru besar bagi sebuah Pusat Pembelajaran Pelarian. Banyak keluarga menghantar anak-anak mereka untuk belajar bahasa Inggeris. Setelah satu tahun bersama, komuniti pelarian menganggap pusat ini sebagai jambatan, menghubungkan mereka dengan kerajaan tempatan. Kami berdoa agar Roh Kudus mengurapi Erwin untuk membawa damai, menabur benih Injil Kristus di antara para pelarian. Erwin sedang belajar bahasa “Luo” daripada pelarian, ini adalah bahasa ketujuh yang dia gunakan dalam kerja misinya. Kami berdoa agar Roh Kudus memberinya kurnia untuk berkomunikasi dalam bahasa Luo, sehingga para pelarian dapat merasai kehadiran Yesus di kalangan mereka! Dalam nama Tuhan Yesus Kristus, Amin.